BAB EMPAT
Nada dering telefon bimbit Fadzrin berbunyi. Siapa pula yang call aku ni? Masa aku nak buat homework, masa ni jugalah aku kena kacau. Getus hatinya. Dia mencapai telefon bimbitnya yang berada di meja belajarnya itu. Nama Mahathir tertera di papan skrin telefon. Dia menekan punat telefon lalu menjawab.
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumsalam.. kenapa kau telefon aku ni?” soal Fadzrin.
“Aik, mahu telefon kawan sendiri pun tak bolehkah?”
“Bukanlah macam tu. Aku tanya saja sebab aku pelik sikit. Selalunya kalau aku minta kau call, ada saja alasan kau. Tak cukup kredit lah apalah. Tiba-tiba kau telefon. Banyak kredit kau ni.”
Mahathir tertawa kecil. ”Hehe aku cuma mahu tanya. Ada tak sebarang kerja rumah diberi? Kalau ada, beritahulah.”
“Oh, tiada kena bagi apa-apa kerja rumah.” jawab Fadzrin.
Hmm.. itu sahaja? Ada apa-apakah yang berlaku di kelas tadi semasa aku tiada?”
Pertanyaan Mahathir itu tidak didengari oleh Fadzrin. Tumpuannya sekarang lebih tertumpu kepada kerja rumahnya sahaja. Soalan-soalan yang susah membuatkan dia terlupa yang dia sedang bertelefon.
“Woi!” Mahathir menjerit membuatkan Fadzrin tersentak. ”Tak guna punya kawan! Berani betul dia jerit kat aku.” bentak Fadzrin di dalam hati.
“Kalau iya pun janganlah bah menjerit. Telinga aku ni belum pekak lagi.”
Mahathir tersengih. Bukan niat dia mahu menjerit tapi apakan tidak, dari tadi dia bercakap, Fadzrin hanya diam tanpa memberi apa-apa respon. Seolah-olah dia sedang bercakap dengan sebatang pokok. Selalunya kalau kawannya itu diajak berbual, ada sahaja yang mereka ceritakan.
“Hehe.. janganlah marah bro, nanti hilang ketampanan kau.” seloroh Mahathir.
“Banyaklah kau punya tua sana. Pelik betul kau ni. Tak pernah aku dengar istilah orang marah-marah hilang ketampanan.”
“Hehe.. aku tanya kau tadi. Ada apa-apakah yang terjadi di kelas tadi?”
“Kenapa pula kau tanya macam tu?” Fadzrin menanyakan soalan kembali kepada Mahathir. Dia hairan. Takkanlah dia dah tahu? Tak mungkin sebab dia pasti dia tak pernah beritahu apa-apa kepada Mahathir. Ni mesti ada orang di kelas yang post di Facebook pasal pelajar baru ni. Teka Fadzrin. Memang begitulah remaja zaman sekarang, asal berlaku apa-apa sahaja mesti terus meluahkannya di Facebook.
“Tadi masa aku keluar dari pagar sekolah, aku terserempak dengan diorang Nadiah. Entah apa yang diorang kecoh. Berulang kali Tyka cakap dengan aku yang aku rugi tadi sebab tak sempat berjumpa dengan perempuan comel. Aku bingung sikit sebab aku tak faham apa yang dia cakap. Nadiah pun cakap begitu juga tadi dengan aku. Kau mesti tahu apa-apa ni kan?
“Ahh.. aku tak tahu apa-apa.” Fadzrin menafikan. Dia bukan mahu menipu tapi sengaja tak nak beritahu. ”Hehe tipu sunat..”
“Mustahil kau tak tahu apa-apa.” Mahathir masih lagi berkeras ingin tahu.
“Betul, aku tak tahu apa-apa. Kalau kau nak tahu sangat, kau tanyalah dengan diorang Nadiah esok. Oklah, aku mahu pergi makan dulu. Assalamualaikum!” Fadzrin terus mematikan telefonnya. Mahathir yang masih lagi bercakap dibiarkan saja. Malas dia hendak melayan kerenah kawannya itu. Mahathir kalau ingin tahu sesuatu memang agak memaksa sikit. Pasti esok di sekolah rakannya itu akan bertanyakan soalan yang sama juga. ”Nanti kau tahu juga tu Madir. Sabar sajalah.”
* * * * * * * * * * * * *
Dia termangu sendirian. Laptop dihadapannya dibiarkan saja. Mesej yang dihantar melalui laman Facebook beliau masih belum mendapat sebarang respon. Matanya mengantuk kerana sudah lebih setengah jam dia menunggu.
“Huh..” Shukri mengeluh. Mesej yang dihantar kepada Facebook gadis idamannya, Hasmiera masih belum dibalas. Akhirnya dia log out dari akaun Facebooknya dan menutup laptopnya. Dia termenung seketika. Sejak kebelakangan ni Hasmiera jarang online. Sudah lama mereka tidak berchatting di Facebook. Kalau dahulu setiap komen dan mesej yang dihantar pasti akan dibalas. Tapi sekarang, gadis itu jarang membalas mesejnya. Kalau ada yang dibalas pun, itupun hanya satu mesej yang dibalas.
“Hoi Kiki!” Adik Shukri tiba-tiba menyergahnya membuatkan Shukri terperanjat. Dia mendengus. ”Tak guna punya adik. Nasib baik aku punya jantung kuat. Kalau tidak..” getus hatinya.
“Hah, kau kenapa? Tiba-tiba datang dari belakang buat aku terkejut saja. Sudahlah masuk bilik orang senyap-senyap, tak reti nak bagi salam pula tu.” marah Shukri kepada adiknya itu. Adiknya tersengih-sengih melihatkan abangnya yang sedang marah-marah itu. ”Lucu benar muka abang aku ni kalau marah. Macam nenek-nenek pula.”
“Tersengih pula kau sana. Kau fikir kau cute kah kalau muka kau macam tu.” ejek Shukri.
“Adik memang cute pun dari dulu lagi. Hehe..”
“Ni apa hal masuk bilik aku ni?”
“Saja masuk-masuk mahu tengok abang kesayangan adik ni tengah buat apa. Adik dah ketuk pun pintu bilik Kiki berkali-kali cuma Kiki saja yang tak perasan. Asyik mengelamun saja Kiki tadi. Jadi adik pun main masuk sajalah tanpa diundang.” ujar adiknya panjang lebar. Kiki merupakan nama pena yang diberikan oleh ibu mereka kepada Shukri. Shukri hanya menggeleng-geleng melihat telatah adiknya itu. Adiknya, Norlinah merupakan anak bongsu daripada sepuluh adik beradik manakala Shukri pula anak kesembilan. Ayah mereka bekerja sebagai bomba dan berpangkat sebagai pegawai. Berkhidmat di balai bomba Keningau. Ibu mereka seorang suri rumah. Ayah mereka tidak tinggal bersama mereka kerana tempat bekerja ayah mereka berada di daerah yang agak jauh dari tempat tinggal mereka. Ayah mereka tinggal di rumah yang disediakan oleh kerajaan khas untuk pegawai bomba.
Sudah lebih satu setengah tahun Shukri tidak bersua muka dengan ayahnya. Telefon dan emel sajalah yang menjadi satu-satunya alat penghubung mereka. Jika Shukri mempunyai masalah, hanya ibunya sajalah menjadi tempat untuk mengadu. Mahu diluahkan kepada adik-beradik yang lain, semuanya sibuk dengan hal masing-masing. Daripada sepuluh, hanya tiga adik beradik yang berada di rumah mereka. Mereka adalah Kak Aisyah, kakak yang paling sulung, adik bongsunya, Linah dan termasuklah Shukri sendiri. Yang lain semuanya sudah mempunyai rumah sendiri. Yang masih belajar pula, tinggal di asrama atau rumah kawan. Bagi Shukri, meskipun dia mempunyai bilangan adik-beradik yang ramai namun rumah mereka itu sunyi. Sepi. Tiada gelak ketawa sekeluarga, pertengkaran atau perebutan barang dengan adik-beradik lain. Mereka semua hanya dapat berkumpul pada hari raya Aidilfitri saja. Teman berbual Shukri hanyalah ibu dan rakan-rakannya.
“Hello? Are you still there?” Linah mengetuk kepala abangnya. Shukri terkejut. ”Huh, tak sedar pula aku berkhayal dari tadi.” Linah berasa pelik dengan keadaan abangnya sekarang ini. Abangnya sekarang kuat termenung. Tidak macam seperti biasa. Abangnya seorang yang ceria, kuat mengusik dan aktif. Tapi sekarang sifat-sifat itu seperti sudah hilang dari diri abangnya. ”Mungkin terlampau banyak tekanan kali. Banyak kerja rumahlah tu.” Fikir Linah.
“Kie, kau ada masalahkah? Adik tengok dari raut wajah Kiki macam tekanan saja. Kalau ada masalah, ceritalah kat adik. Mana tahu adik boleh tolong.”
Shukri tersenyum. Dia tidak menyangka adiknya akan bercakap begitu. Selalunya adiknya itu akan mengejek dia dengan gelaran anak mummy jika dia mengadu apa-apa masalah kepada ibunya.
“Tidaklah, aku tiada apa-apa masalah. Aku ok sahaja. Yang kau ni tiba-tiba jadi baik macam malaikat ni kenapa? Dah penat jadi jembalangkah? Hehe..” ejek Shukri kepada adiknya. Linah mencebikkan bibirnya. Kemudian dia membaling bantal di sebelahnya ke arah abangnya. Shukri sempat mengelak. Adiknya itu dengan tangkasnya mencubit lengan Shukri dan terus berlari ke luar bilik. Shukri lantas mengejar adiknya itu. Bermulalah aksi polis mengejar penjenayah di rumah mereka.
* * * * * * * * * * *
Dia kepenatan lalu menghempaskan dirinya ke katilnya yang empuk itu. Dia memalingkan badannya sambil melihat siling biliknya. Fadzrin mengeluh. Dia teringat kembali apa yang berlaku di sekolah dua minggu lepas. Kerja seni yang dia susah-payah buat akhirnya ke tong sampah juga oleh cikgunya. Alasannya sebab kerja tu tak berapa cantik. Hati siapa tak hampa melihat hasil susah-payahnya membuat kerja itu masuk ke tong sampah. Namun dia kuatkan juga dirinya. Dia berpegang teguh dengan moto hidupnya iaitu orang yang sabar akan memperoleh kejayaan. Fadzrin sedang memikirkan sesuatu. ”Apa lagi yang aku perlu buat supaya kerja aku tak masuk tong sampah lagi?” gerutu hatinya. Fikirannya berserabut. Terlalu banyak perkara yang dia perlu fikirkan.
Gara-gara terlalu sibuk buat kerja seni, dia sampai terlupa mengulang kaji untuk peperiksaan percubaan SPM yang akan bermula tak lama lagi. Bertambah serabut fikirannya sekarang ini. Lalu dia mengambil telefonnya dan memasang lagu kegemarannya. ”Daripada aku sibuk-sibuk fikir pasal kerja seni tu bagus lagi aku buat kerja lain. Aku pasti sempat siapkannya juga. Kali ni aku buat yang memang terbaik punya sampai ternganga cikgu tu.” Fadzrin tersenyum sendirian. Begitu khusyuk mendengar lagu membuatkan matanya mengantuk. Akhirnya dia terlelap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan