BAB SATU
Seawal jam enam pagi, kawasan sekolah sudah mulai dihuni oleh suara riuh-rendah pelajar-pelajar di dataran perhimpunan yang memecah kesunyian pagi. Banyak ragam yang boleh dilihat. Sesetengah pelajar perempuan memulakan hari mereka dengan bergosip , yang pelajar lelakinya pula sibuk bercerita mengenai perlawanan bola dan sebagainya. Tak kurang juga ada sesetengah pelajar lelaki yang mengurat pelajar-pelajar perempuan yang lalu di hadapan mereka. Apabila ditegur oleh guru akan kelakuan kurang sopan mereka itu, teguran guru itu bagai mencurah air ke daun keladi. Berdekatan dengan pondok kantin sekolah, terdapat dua pelajar lelaki yang sedang berbual sesama sendiri.
“Malasnya aku rasa mahu pergi sekolah ni. Terutama pada hari isnin. Mengantuk betul aku hari ni.” Kata Mahathir sambil menguap. Memang sudah menjadi lumrah setiap pelajar menjadi malas terutamanya hari isnin. Apakan tidak, awal-awal pagi lagi dah nak berbaris macam tentera. Terasa seperti berada di sekolah kem tentera.
“Apa juga yang kau buat semalam? Ni mesti kau dating dengan girlfriend kau sampai lewat malam lagikan. Hish, sudah-sudahlah tu Madir. Tahun ni kita ambil peperiksaan SPM. Kurangkanlah buat benda yang tak berfaedah tu.” Temannya Shukri memberikan nasihat.
“Tidak juga sampai macam tu bah Shuk. Ikut suka hati mulut kau saja mengata aku. Huh, aku tak cukup tidur sebab aku buat nota Geografi semalaman. Banyak betul ni aku mahu tulis. Macam mahu putus jari-jari aku tulis tu nota.”
“Alaa… perkara biasalah tu. Dah memang tugas kita untuk buat semua tu. Kalau malas, gelap masa depan nanti. Tabahkan saja hati kau tu. Lupakan dulu semua hiburan-hiburan tu. Belajar dulu.” Shukri menasihati rakannya itu.
Loceng telah berbunyi menandakan masa sudah sampai untuk semua pelajar berhimpun bagi memulakan sesi perhimpunan. Semua pelajar berpusu-pusu masuk barisan. Para pengawas sekolah pun memulakan tugas mereka untuk memastikan para pelajar berbaris dengan tertib dan teratur. Guru-guru mula mengambil tempat mereka untuk turut serta dalam perhimpunan itu. Pengawas-pengawas yang ditugaskan untuk menaikkan bendera sudah berada di hadapan.
“Sebentar lagi lagu Negaraku akan dinyanyikan. Diharap semua pelajar dapat memberikan kerjasama untuk menyanyikan lagu ini dengan penuh semangat.” Kedengaran suara ketua pengawas sekolah, Danial sebagai pengacara bagi majlis perhimpunan itu. Shukri menjengketkan kakinya sambil matanya merayau-rayau seperti sedang mencari sesuatu.
“Apa yang kau cari Shuk?” Tanya Mahathir.
“Baru aku perasan. Dari tadi aku tak nampak Fadzrin. Selalunya dia yang paling awal sampai di sekolah sebelum kita. Tapi, tak pula aku nampak dia dari tadi.”
“Mungkin dia kena tahan oleh pengawas di depan pagar masuk. Manalah tahu dia lambat bangun lagi,” Teka Mahathir.
Tiba-tiba, ada orang menepuk bahu Mahathir dari belakang. Mahathir tersentak. Lalu dia berpaling ke belakang untuk melihat siapa orang tersebut. Oh, dia rupa-rupanya.
“Wei, apa yang kamu cerita tu hah? Mengumpat akukah? Sampai juga hati kamu,” Seloroh Fadzrin.
“Kau ni agak-agaklah. Sudahlah datang tak bagi salam, kau tuduh lagi kami mengumpat kau konon.” Tegur Mahathir dengan rakannya itu.
“Sabarlah bro. Itupun nak marah. Macam perempuanlah kau ni. Datang bulankah apa kau ni? Hehehe..”
“Aik, kurang asam kau!”
“Hish, sudahlah kamu tu. Awal-awal pagi lagi kamu sudah kecoh. Kalau kecoh pasal pelajaran tak apa juga.” Shukri menenangkan keadaan. Kalau dibiarkan sahaja mereka bertelagah begitu, alamatnya mesti kecoh jadinya. ”Kau dari mana Faz? Aku fikir kau kena tahan tadi oleh pengawas sebab lambat,” Soal Shukri kepada rakannya itu.
“Oh, aku nyaris-nyaris lambat tadi. Kau nak tahu, jam 5.30 pagi aku dah sampai kat bus stop tu. Setengah jam aku tunggu di sana, satu bas pun tak ada yang nak berhenti ambil penumpang. Bila aku tahan, bas tu tak mahu berhentilah pula. Masa tu aku cakap dalam hati, kalau sampai jam 6.40 pun tiada bas juga aku nak pulang. Tapi mujurlah kebetulan uncle aku nampak aku. Lalu, dia tumpangkan. Sempat juga aku sampai sekolah. Kalau tak, rosak reputasi aku nanti gara-gara lewat pergi sekolah. Malu aku kena denda berdiri depan perhimpunan ni. Hehe..” Jelas Fadzrin panjang lebar.
“Takut reputasi kau rosak? Kau fikir kau tu artis nak jaga reputasi? Cerminlah diri sendiri dulu. Hehehe..” Seloroh Mahathir.
“Yang kau pula sakit hati kenapa?” Balas Fadzrin.
“Mana ada aku sakit hati. Sihat pun hati aku ni. Hati kau kali yang sakit. Hehehe..”
“Kau..”
Belum sempat Fadzrin menghabiskan ayatnya, lagu Negaraku telah berkumandang. Semua pelajar berdiri tegak dan menghadap bendera di hadapan mereka. Selepas itu, lagu sekolah dan negeri turut dinyanyikan. Bacaan doa dan ikrar menyusul kemudian. Lalu, bermulalah sesi perhimpunan di sekolah tersebut.
love it :) btul2 cm gaya kmu d skul. trutamanya syukri. LOL
BalasPadam